Wednesday, March 9, 2016

Panduan dan sumber rujukan


  1. http://allpolyteknikmodul.blogspot.my/2013/11/definisi-dan-konsep-pengurusan-2.html
  2. https://www.google.com/search?q=kartun+tanam+bayi+hidup+hidup&biw=1366&bih=667&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwj7ruPW-LPLAhVFkY4KHfgTDJ0Q_AUIBigB#tbm=isch&q=bersentuhan

Perbandingan konsep-konsep pengurusan islam , barat dan jepun

Perbandingan Konsep-konsep Pengurusan Islam, Barat dan Jepun
 
    Perbezaan yang besar wujud di antara falsafah dan matlamat pengurusan barat dan Jepun dengan Islam di mana matlamat pengurusan barat dan Jepun hanya mementingkan dunia semata-mata manakala pengurusan Islam menggandingkan urusan dunia seiring dengan urusan akhirat.    
 
Pengurusan Islam berasaskan kepada nilai yang pasti mendapat keredhaan Allah yang berpandukan sumber Al-Quran dan Al-Sunnah dengan mengambilkira nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kejayaan dunia dan akhirat merupakan matlamat pengurusan Islam.
 
Pengurusan barat lebih menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan dalam mencapai kemajuan dan kejayaan. Pengurusan barat mementingkan kelakuan atau gelagat bermoral atau beretika mengikut keadaan tempat dan masa manakala hal yang berkaitan dengan agama dianggap peribadi.
 
Kemajuan dan kejayaan di dunia serta pengembangan kuasa merupakan matlamat akhir dalam pengurusan barat.
 
Pengurusan Jepun mementingkan konsep kerja sejak lahir hingga mati di mana mereka berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan dan keuntungan sebanyak mungkin yang hanya bersifat sementara

Contoh Pengurusan Barat


Tidak mempunyai batas pergaulan diatara lelaki dan perempuan

Sering kali  kita mendengar tentang aktiviti aktiviti ataupun cara hidup orang barat. Melakukan aktiviti seks  bebas adalah perkara biasa bagi mereka dan menjadi lumrah bagi mereka. Ini akan menampakan  harga diri yang murah tidak kira wanita ataupun lelaki.  Dengan adanya konsep ini di dalam pengurusan barat, tiada langsung batas  dalam urus bincang diantara lelaki ataupun wanita.

Tidak kisah sumber itu datang dari cara halal ataupun haram

Secara umumnya kita mengetahui bahawa orang barat tidak kisah untuk menggunakan sumber yang  haram disegi agama islam kerana mereka tidak mempercayai akan agama islam. Bagi mereka , mereka hanya memikirkan  keuntungan bagi perniagaan mereka dan sanggup melakukan apa apa sahaja.

definisi & ciri-ciri pengurusan barat

  1. Definisi Pengurusan Barat
Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah :
  1. Hilgert dan Leonard
    Pengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.
  1. Boone dan Kurtz
    Pengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan sumber teknikal dengan cara yang paling efektif.
  1. Gitman dan McDaniel
    Pengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut.
  1. Wagner dan Hollenback
    Pengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan kawalan perlakuan organisasi.
                            
  1. Ciri-ciri Pengurusan Barat
           Pakar-pakar pengurusan barat telah menyenaraikan ciri-ciri pengurusan yang                   dinamis seperti berikut :-
  1. Ramalan
    Pihak pengurusan dapat membuat ramalan sesuatu hal yang akan datang untuk kemajuan organisasi dan membuat persediaan serta jangkaan sebab dan akibatnya.
  1. Pengorganisasian
    Pihak pengurusan memperkukuhkan organisasi dengan menyusun struktur, agihan, penyerahan kuasa dan mengeratkan hubungan kemanusian antara pihak pengurusan dengan pekerja.
    1. Pimpinan
    Pihak pengurusan membuat keputusan, menghadkan perhubungan, meningkatkan motivasi, pemilihan, penempatan tenaga kerja dan pembangunan atau latihan serta penambahan tenaga kerja.
                                  
  1. Pengawalan
Untuk menjaga perkihdmatan cemerlang dan pengurusan berkualiti, pihak pengurusan sentiasa mengadakan kawalan mutu perkhidmatan dan pengeluaran. Penilian dan pengukuran dilakukan dari masa ke semasa untuk mengenalpasti kelemahan dan mencadangkan pembaikan.
 
  1. Perancangan Bertindak
Pihak pengurusan membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai matlamat organisasi secara sistematik dari segi teori dan amali.




               










Contoh-Contoh Pengurusan Islam


Diharamkan konsep riba di dalam aktiviti jual beli

Pada zaman  jahiliah dahulu  sering berlaku konsep riba di dalam aktiviti jual beli. Sebagai contoh, seseorang  penjual itu sanggup menawarkan sesuatu barang yang sudah ditempah kepada orang lain dengan meletakkan harga yang lebih tinggi daripada orang yang membeli sebelum ini. Dengan wujudnya konsep pengharaman riba di dalam pengurusan islam, aktiviti jual beli akan menjadi lebih adil dan tulus.

Diharamkan konsep penindasan

Pada zaman jahiliah dahulu, sering berlakunya konsep penindasan ,Terutamanya pada kaum wanita. Sebagai contoh , mereka sering membunuh bayi wanita dengan pelbagai cara termasuklah tanam  secara hidup- hidup  kerana menganggap bayi wanita ini adalah membawa malang. Dengan  diharamkan konsep itu di dalam pengurusan islam, kadar kematian bayi semakin berkurangan dan mereka lebih sedar dengan kepentingan  menyayangi bayi kerana itu adalah salah satu rezeki terbesar yang telah dikurniakan oleh allah kepada umatnya.



Definisi Pengurusan Islam
 
Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya :
 
  1. Ahmad Ibrahim Abu Sin
    Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.
 
  1. Profesor Syed Othman Alhabshi
    Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
 
c.    Muhammad A. Al-Buraey

Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
 
Ciri-ciri pengurusan islam  :
 
a.    Pengurusan Islam merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat bagi menentukan matlamat hidup dan hubungan masyarakat dan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia dengan alam. Pentadbiran dan pengurusan dalam Islam termasuk dalam lingkungan ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran:
 
“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam”.
                        (Surah Al-An’am : 6:162)
 
b.    Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya di dalam pengurusan dianggap sebagai suatu amanah dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud :
   
“Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”.
                                (Surah An-Nisa : 4:58)

Sunday, February 14, 2016

TAJUK DAN SLOGAN

TAJUK LAMAN BLOG
Tajuk bagi blog kami ialah membandingkan pengurusan Islam dan barat , Terdapat pelbagai aspek yang boleh dikupaskan di dalam subjek atau tajuk ini. Dan segala  perbandingan dan maklumat akan kami kupaskan satu per satu ^_^

SLOGAN LAMAN BLOG
Slogan bagi laman blog ini adalah "ISTIQOMAH BERUSAHA INSYAALLAH". Mengapakah kami memilih slogan ini  dan apakah maksud disebalik slogan ini? maksud bagi slogan ini adalah kekalkan usaha yang kami telah mula. Segala kejayaan tidak akan diperolehi  jika kita hanya berdiam diri dan tidak melakukan apa apa. Kejayaan akan dapat diperolehi dengan cara berusaha dan terus berusaha.

PROFIL KUMPULAN

PROFIL KUMPULAN
Nama bagi kumpulan kami adalah "HAQIFIQRAM" iaitu mewakili bagi nama ahli kumpulan kami yang ahlinya terdiri daripada Haziq, Haqimi,Afiq dan Ikram.

HAZIQ

Haziq adalah salah seorang bagi pelajar Politeknik Seberang Prai yang mengambil diploma bagi  kursus pengajian perniagaan.  Beliau berasal dari Kedah dan kini tinggal di Pulau Pinang. Berusia 19 tahun .


Haqimi



Haqimi atau dikenali sebagai qimi adalah salah seorang bagi pelajar Politeknik Seberang Prai yang mengambil diploma bagi  kursus pengajian perniagaan.  Beliau berasal dari Johor dan kini tinggal di Kedah. Berusia 19 tahun


AFIQ
Afiq atau dikenali sebagai "FIQ" adalah salah seorang bagi pelajar Politeknik Seberang Prai yang mengambil diploma bagi  kursus pengajian perniagaan.  Beliau berasal dari Kelantan dan kini  masih tinggal di Kelantan. Berusia 19 tahun


IKRAM


Ikram adalah salah seorang bagi pelajar Politeknik Seberang Prai yang mengambil diploma bagi  kursus pengajian perniagaan.  Beliau berasal dari pulau pinang  dan kini ,masih  tinggal di Pulau Pinang. Berusia 19 tahun