Wednesday, March 9, 2016

Perbandingan konsep-konsep pengurusan islam , barat dan jepun

Perbandingan Konsep-konsep Pengurusan Islam, Barat dan Jepun
 
    Perbezaan yang besar wujud di antara falsafah dan matlamat pengurusan barat dan Jepun dengan Islam di mana matlamat pengurusan barat dan Jepun hanya mementingkan dunia semata-mata manakala pengurusan Islam menggandingkan urusan dunia seiring dengan urusan akhirat.    
 
Pengurusan Islam berasaskan kepada nilai yang pasti mendapat keredhaan Allah yang berpandukan sumber Al-Quran dan Al-Sunnah dengan mengambilkira nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kejayaan dunia dan akhirat merupakan matlamat pengurusan Islam.
 
Pengurusan barat lebih menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan dalam mencapai kemajuan dan kejayaan. Pengurusan barat mementingkan kelakuan atau gelagat bermoral atau beretika mengikut keadaan tempat dan masa manakala hal yang berkaitan dengan agama dianggap peribadi.
 
Kemajuan dan kejayaan di dunia serta pengembangan kuasa merupakan matlamat akhir dalam pengurusan barat.
 
Pengurusan Jepun mementingkan konsep kerja sejak lahir hingga mati di mana mereka berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan dan keuntungan sebanyak mungkin yang hanya bersifat sementara

No comments:

Post a Comment