Wednesday, March 9, 2016

Contoh-Contoh Pengurusan Islam


Diharamkan konsep riba di dalam aktiviti jual beli

Pada zaman  jahiliah dahulu  sering berlaku konsep riba di dalam aktiviti jual beli. Sebagai contoh, seseorang  penjual itu sanggup menawarkan sesuatu barang yang sudah ditempah kepada orang lain dengan meletakkan harga yang lebih tinggi daripada orang yang membeli sebelum ini. Dengan wujudnya konsep pengharaman riba di dalam pengurusan islam, aktiviti jual beli akan menjadi lebih adil dan tulus.

Diharamkan konsep penindasan

Pada zaman jahiliah dahulu, sering berlakunya konsep penindasan ,Terutamanya pada kaum wanita. Sebagai contoh , mereka sering membunuh bayi wanita dengan pelbagai cara termasuklah tanam  secara hidup- hidup  kerana menganggap bayi wanita ini adalah membawa malang. Dengan  diharamkan konsep itu di dalam pengurusan islam, kadar kematian bayi semakin berkurangan dan mereka lebih sedar dengan kepentingan  menyayangi bayi kerana itu adalah salah satu rezeki terbesar yang telah dikurniakan oleh allah kepada umatnya.



No comments:

Post a Comment