- http://allpolyteknikmodul.blogspot.my/2013/11/definisi-dan-konsep-pengurusan-2.html
- https://www.google.com/search?q=kartun+tanam+bayi+hidup+hidup&biw=1366&bih=667&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwj7ruPW-LPLAhVFkY4KHfgTDJ0Q_AUIBigB#tbm=isch&q=bersentuhan
MEMBANDING PENGURUSAN ISLAM DAN BARAT
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Tujuan wujudnya blog ini adalah untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh pengajar kami. Sementara itu, blog ini juga boleh digunakan untuk menimba ilmu bagi semua para pembaca blog.Selamat membaca ^_^
Wednesday, March 9, 2016
Panduan dan sumber rujukan
Perbandingan konsep-konsep pengurusan islam , barat dan jepun
Perbandingan Konsep-konsep Pengurusan Islam, Barat dan Jepun
Perbezaan yang besar wujud di antara falsafah dan matlamat pengurusan barat dan Jepun dengan Islam di mana matlamat pengurusan barat dan Jepun hanya mementingkan dunia semata-mata manakala pengurusan Islam menggandingkan urusan dunia seiring dengan urusan akhirat.
Pengurusan Islam berasaskan kepada nilai yang pasti mendapat keredhaan Allah yang berpandukan sumber Al-Quran dan Al-Sunnah dengan mengambilkira nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Kejayaan dunia dan akhirat merupakan matlamat pengurusan Islam.
Pengurusan barat lebih menjurus ke arah memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan dalam mencapai kemajuan dan kejayaan. Pengurusan barat mementingkan kelakuan atau gelagat bermoral atau beretika mengikut keadaan tempat dan masa manakala hal yang berkaitan dengan agama dianggap peribadi.
Kemajuan dan kejayaan di dunia serta pengembangan kuasa merupakan matlamat akhir dalam pengurusan barat.
Pengurusan Jepun mementingkan konsep kerja sejak lahir hingga mati di mana mereka berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan dan keuntungan sebanyak mungkin yang hanya bersifat sementara
Contoh Pengurusan Barat
Tidak mempunyai batas pergaulan diatara lelaki dan perempuan
Sering kali kita mendengar tentang aktiviti aktiviti ataupun cara hidup orang barat. Melakukan aktiviti seks bebas adalah perkara biasa bagi mereka dan menjadi lumrah bagi mereka. Ini akan menampakan harga diri yang murah tidak kira wanita ataupun lelaki. Dengan adanya konsep ini di dalam pengurusan barat, tiada langsung batas dalam urus bincang diantara lelaki ataupun wanita.
Tidak kisah sumber itu datang dari cara halal ataupun haram
definisi & ciri-ciri pengurusan barat
- Definisi Pengurusan Barat
Di antara definisi-definisi pengurusan yang dihuraikan oleh sarjana-sarjana Barat ialah :
- Hilgert dan LeonardPengurusan merupakan suatu proses di mana kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan mengembeling sumber manusia serta membimbing dan memberi motivasi kepada usaha-usaha mereka ke arah pencapaian objektif organisasi.
- Boone dan KurtzPengurusan ialah usaha-usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan sumber teknikal dengan cara yang paling efektif.
- Gitman dan McDanielPengurusan sebagai suatu proses mengkoordinasikan sumber manusia dengan sumber-sumber lain dalam sesebuah organisasi bagi mencapai tujuan dan matlamat organisasi tersebut.
- Wagner dan HollenbackPengurusan ialah suatu proses perancangan, pelaksanaan, pengarahan dan kawalan perlakuan organisasi.
- Ciri-ciri Pengurusan Barat
Pakar-pakar pengurusan barat telah menyenaraikan ciri-ciri pengurusan yang dinamis seperti berikut :-
- RamalanPihak pengurusan dapat membuat ramalan sesuatu hal yang akan datang untuk kemajuan organisasi dan membuat persediaan serta jangkaan sebab dan akibatnya.
- PengorganisasianPihak pengurusan memperkukuhkan organisasi dengan menyusun struktur, agihan, penyerahan kuasa dan mengeratkan hubungan kemanusian antara pihak pengurusan dengan pekerja.
- Pimpinan
Pihak pengurusan membuat keputusan, menghadkan perhubungan, meningkatkan motivasi, pemilihan, penempatan tenaga kerja dan pembangunan atau latihan serta penambahan tenaga kerja.
- Pengawalan
Untuk menjaga perkihdmatan cemerlang dan pengurusan berkualiti, pihak pengurusan sentiasa mengadakan kawalan mutu perkhidmatan dan pengeluaran. Penilian dan pengukuran dilakukan dari masa ke semasa untuk mengenalpasti kelemahan dan mencadangkan pembaikan.
- Perancangan Bertindak
Pihak pengurusan membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai matlamat organisasi secara sistematik dari segi teori dan amali.
Contoh-Contoh Pengurusan Islam
Diharamkan konsep riba di dalam aktiviti jual beli
Pada zaman jahiliah dahulu sering berlaku konsep riba di dalam aktiviti jual beli. Sebagai contoh, seseorang penjual itu sanggup menawarkan sesuatu barang yang sudah ditempah kepada orang lain dengan meletakkan harga yang lebih tinggi daripada orang yang membeli sebelum ini. Dengan wujudnya konsep pengharaman riba di dalam pengurusan islam, aktiviti jual beli akan menjadi lebih adil dan tulus.
Diharamkan konsep penindasan
Pada zaman jahiliah dahulu, sering berlakunya konsep penindasan ,Terutamanya pada kaum wanita. Sebagai contoh , mereka sering membunuh bayi wanita dengan pelbagai cara termasuklah tanam secara hidup- hidup kerana menganggap bayi wanita ini adalah membawa malang. Dengan diharamkan konsep itu di dalam pengurusan islam, kadar kematian bayi semakin berkurangan dan mereka lebih sedar dengan kepentingan menyayangi bayi kerana itu adalah salah satu rezeki terbesar yang telah dikurniakan oleh allah kepada umatnya.
Definisi Pengurusan Islam
Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya :
- Ahmad Ibrahim Abu SinPengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.
- Profesor Syed Othman AlhabshiPengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.
c. Muhammad A. Al-Buraey
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.
Ciri-ciri pengurusan islam :
a. Pengurusan Islam merupakan sebahagian daripada sistem masyarakat bagi menentukan matlamat hidup dan hubungan masyarakat dan hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan Allah, manusia dengan masyarakat dan hubungan manusia dengan alam. Pentadbiran dan pengurusan dalam Islam termasuk dalam lingkungan ibadat sebagaimana dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran:
“Katakanlah : Sesungguhnya sembahyangku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam”.
(Surah Al-An’am : 6:162)
b. Islam menjelaskan bahawa pekerjaan dan jawatan khususnya di dalam pengurusan dianggap sebagai suatu amanah dan tanggungjawab seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil”.
(Surah An-Nisa : 4:58)
Sunday, February 14, 2016
TAJUK DAN SLOGAN
TAJUK LAMAN BLOG
Tajuk bagi blog kami ialah membandingkan pengurusan Islam dan barat , Terdapat pelbagai aspek yang boleh dikupaskan di dalam subjek atau tajuk ini. Dan segala perbandingan dan maklumat akan kami kupaskan satu per satu ^_^
SLOGAN LAMAN BLOG
Slogan bagi laman blog ini adalah "ISTIQOMAH BERUSAHA INSYAALLAH". Mengapakah kami memilih slogan ini dan apakah maksud disebalik slogan ini? maksud bagi slogan ini adalah kekalkan usaha yang kami telah mula. Segala kejayaan tidak akan diperolehi jika kita hanya berdiam diri dan tidak melakukan apa apa. Kejayaan akan dapat diperolehi dengan cara berusaha dan terus berusaha.
Tajuk bagi blog kami ialah membandingkan pengurusan Islam dan barat , Terdapat pelbagai aspek yang boleh dikupaskan di dalam subjek atau tajuk ini. Dan segala perbandingan dan maklumat akan kami kupaskan satu per satu ^_^
SLOGAN LAMAN BLOG
Slogan bagi laman blog ini adalah "ISTIQOMAH BERUSAHA INSYAALLAH". Mengapakah kami memilih slogan ini dan apakah maksud disebalik slogan ini? maksud bagi slogan ini adalah kekalkan usaha yang kami telah mula. Segala kejayaan tidak akan diperolehi jika kita hanya berdiam diri dan tidak melakukan apa apa. Kejayaan akan dapat diperolehi dengan cara berusaha dan terus berusaha.
Subscribe to:
Posts (Atom)